Al-Fatihah Kepada Arwah Adikku Hamidi Hamdan



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada rakan-rakan yang mengenali adik saya, Hamidi Bin Hamdan (30 tahun), ingin saya maklumkan bahawa beliau telah meninggal dunia pada 24 Jun 2009, lebih kurang 6.30 pagi apabila terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (arah Kuala Lumpur) dekat Maran.

Kereta Mitsubishi Evo 7 yang dipandu beliau terjunam ke dalam gaung di KM179.9 dan mayat beliau hanya ditemui kira-kira jam 1.30 petang oleh pasukan Bomba.

Arwah meninggal disebabkan keretakan tengkorak kepala di samping kecederaan dalaman yang serius.

Utusan Malaysia: Maut cari bantuan

Berita Harian: Usahawan maut kereta masuk gaung

The New Straits Time: Businessman dies after car plunges into ravine

Jenazah beliau telah selamat dikebumikan pada pukul 9.30 malam hari yang sama di Perkuburan Islam Bukit Tandang (dekat dengan Bandar Sunway). Arwah meninggalkan seorang balu dan 2 orang anak lelaki yang masih kecil (yang sulung berusia 4 tahun dan seorang lagi berusia 1 tahun).

Tujuan posting ini adalah untuk memohon ampun dan maaf bagi pihak arwah jika beliau pernah melakukan kesalahan (dosa) kepada sesiapa sahaja serta memohon dihalalkan makan dan minumnya. Selain itu jika arwah ada berhutang minta dihalalkan atau menuntut melalui ahli keluarga dan waris terdekat.

Sama-samalah kita mendoakan roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang Soleh. Amin.

Al-Fatihah.

Read more...

Misi Menyelamat

Dalam industri pembinaan, yang paling sukar adalah untuk memulakan dan menamatkan sesuatu projek. Apa yang di tengah-tengah adalah mudah dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Sejak beberapa tahun kebelakangan saya sangat selalu terlibat dalam misi-misi menyelamat projek di syarikat-syarikat yang pernah saya bekerja.

Pendek kata, saya biasanya diberi tugas yang agak mencabar untuk menyelesaikan masalah yang orang lain tidak dapat selesaikan.

Kali ini saya akan berkongsi peristiwa-peristiwa tersebut kepada anda.

1. Sunway Construction Berhad

Ketika projek pertama saya di Sungai Chua, Kajang, berada dalam bulan-bulan terakhir untuk proses menyerah vacant possession kepada pembeli, kebanyakan rakan sekerja telah dipindahkan ke projek di Precinct 15, Putrajaya.

Yang tinggal hanya saya dan seorang immediate superior saya untuk menyiapkan projek. Kami berdua seharusnya berpindah ke projek di Putrajaya tersebut setelah projek di Kajang siap dengan sempurna.

Akan tetapi oleh kerana keadaan di Putrajaya sangat kritikal (walaupun masih di peringkat awal) dan saya diperlukan untuk membantu menyelesaikan design coordination, maka saya dipindahkan dengan segera ke projek baru tersebut.

2. Immergreen Sdn. Bhd. (Kumpulan Cypark)

Saya diambil bekerja untuk projek baru di Puchong. Walau bagaimanapun, projek ini dibatalkan kerana bantahan penduduk.

Selepas itu saya dipindahkan ke Taman Beringin, Jinjang untuk membantu projek yang sedang berjalan. Projek ini tiada banyak masalah melainkan masalah kakitangan bawahan yang tidak cekap.

Pada awalnya, projek tersebut mempunyai seorang Senior Project Manager (SPM) dan seorang Project Manager (PM) akan tetapi SPM berkenaan dipindahkan ke Doha manakala PM pula berhenti kerja.

Tempat mereka berdua digantikan oleh seorang PM yang lain, namun begitu beliau bertanggungjawab terhadap banyak projek lain di seluruh Malaysia serta terlibat dengan tender yang menyebabkan beliau kurang masa untuk projek di Jinjang ini.

Oleh yang demikian, saya mengambil langkah proaktif menjalankan sebahagian tanggungjawab Project Manager termasuk membentangkan kemajuan projek kepada CEO walaupun saya hanya seorang Project Engineer.

3. CyEn Sdn. Bhd. (Kumpulan Cypark)

Pada bulan ke-8 saya bekerja dengan Kumpulan Cypark, ramai kakitangan syarikat telah diberhentikan kerja. Namun begitu, saya tidak diberhentikan walaupun saya adalah kakitangan baru.

Malahan saya ditukar ke anak syarikat lain iaitu CyEn Sdn. Bhd. yang menjalankan fungsi Project Management. Ini mungkin sekali disebabkan keupayaan saya menangani client kami iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan baik untuk projek di Jinjang.

4. MRCB Engineering Sdn. Bhd.

Disebabkan projek di KL Sentral terpaksa diberhentikan buat sementara, saya telah dipindahkan ke Melaka untuk menyelamatkan projek sakit yang dianak tiri kan oleh pengurusan.

Selama lebih 3 bulan saya di sana, saya telah meletakkan semula project direction ditempat sepatutnya, namun oleh kerana saya memilih pengajian MBA saya sebagai keutamaan, maka saya terpaksa meletak jawatan untuk kekal di Lembah Kelang.
Read more...

Kadang-Kala Jangan Peduli Apa Bos Nak Kata!


Immediate superior saya di Mudajaya dahulu adalah seorang wanita India iaitu Sharon Ruba. Sekarang ini beliau bekerja di Tune Hotels sebagai Project Director.

Beliau yang saya kenal memang seorang yang rajin dan bekerja keras. Saya percaya motivasi beliau mungkin sekali untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kaum lelaki dalam industri pembinaan ini.

Beliau pernah berpesan kepada saya yang antara lainnya bermaksud:

"Jangan pedulikan jika bos kita sering katakan kita ini tidak bagus. Sesetengah bos mungkin sekali akan memburukkan kita walaupun setelah kita tiada dalam organisasi mereka.

Laksanakan tugas kita bersungguh-sungguh dan sehabis baik. Suatu hari nanti, orang lain akan hargai hasil kerja kita.

Mereka mungkin supplier, subcontractor, client, consultant dan rakan sekerja kita sekarang. Dan jika ada peluang-peluang yang bersesuaian di masa hadapan, mereka ini pasti akan mencari kita."


Saya amat mempercayai pesanan beliau ini dan kata beliau ternyata benar.

Kebanyakan kerja yang saya dapati sehingga kini sebenarnya adalah hasil recommendation daripada bekas rakan sekerja (Cypark), bekas consultant (Minconsult), bekas main contractor (MRCB) dan bekas subcontractor (Borneo Geotechnic).

Selain daripada itu saya juga pernah mendapat banyak tawaran lain (sebelum 2009) yang saya terpaksa tolak di atas sebab-sebab tertentu sebelum ini.
Read more...

Blog Sedang Dalam Proses Upgrading

Blog ini dalam proses upgrading. Dijangka akan selesai dalam minggu ini. Saya akan mula menulis secara kerap bermula di minggu hadapan (awal Mac 2009).


Harap bersabar.
Read more...

Makan Gaji Tak Akan Kaya! Mari Bisnes ebay

Saya sebenarnya memang sudah jemu bekerja makan gaji ini. Walau gaji beribu, hidup tetap sengsara sebab hutang pun sama banyak, bak kata orang tua-tua, "besar periuk besar juga lah keraknya".

Selagi namanya makan gaji, selagi itulah kita menjadi hamba orang (majikan) dan menjadi hamba bank (ceti berlesen).

Sejak tahun 2007, saya sudah mula mencuba pelbagai perniagaan internet yang diwar-warkan memberi pulangan lumayan, semata-mata ingin membebaskan diri dari bebanan kewangan.

Pelbagai e-book telah saya beli dan pelbagai cara telah saya cuba, namun semuanya gagal. Ini berlaku sama ada e-book yang saya beli itu menipu atau tidak menceritakan rahsia sebenar atau cara yang terperinci atau saya sendiri yang putus-asa bila buntu mencuba.

Kos yang saya tanggung bukannya sedikit malah mencecah lebih RM2,000 secara kummulatif, bermula dengan membeli pelbagai e-book, membuka virtual office, membayar domain dan hosting web, pengiklanan dan lain-lain lagi. Semuanya hampa dan hampas.

Pada penghujung tahun 2008, seorang kawan saya sendiri telah cuba memperkenalkan saya dengan e-book berkenaan bisnes e-Bay untuk dicuba. Oleh kerana saya agak skeptikal dengan e-book perniagaan internet ini (atas pengalaman dahulu), maka saya menolaknya.

Pada awal tahun 2009 ini, saya berjumpa semula dengan kawan saya tadi dan sungguh saya tidak menyangka, dengan mengikut panduan e-book tersebut dan berbincang dalam ruangan forum pembeli e-book berkenaan, kawan saya tadi memperolehi keuntungan bersih sebanyak lebih RM14,000 selama dua bulan (November dan Disember 2008) berturut-turut.

Oleh kerana saya telah melihat bukti hidup di depan mata saya tadi, saya telah membeli e-book tersebut dan sedang cuba mengekori langkah kawan saya tadi.

Secara jujurnya, setelah membaca e-book tersebut, saya berpendapat ianya sangat mudah difahami berbanding e-book lain yang pernah saya baca.

Jika anda ingin mencubanya sila klik di sini.

Read more...

Tangga Gaji

Butiran gaji adalah Private & Confidential (ataupun rahsia). Namun demikian, saya tidak pernah mahu menganggap ianya P&C.


Saya sendiri selalu ingin mengambil tahu gaji rakan-rakan yang sama jawatan, sama batch, sama umur dan seumpamanya untuk memeriksa sama ada gaji yang saya terima adalah munasabah (tidak terlalu rendah) di dalam pasaran.

Walau bagaimanapun, majoriti rakan-rakan saya tidak berminat untuk berkongsi maklumat ini. Ada sesetengahnya berasa malu kerana gaji mereka masih kecil dan ada juga tidak mahu orang tahu gajinya sangat besar dan tidak setimpal dengan kerja yang dilaksanakan (mungkin kaki bodek).

Berkongsi maklumat skala gaji ini tidak harus dianggap negatif. Sekurang-kurangnya ini akan memotivasikan kita untuk mendapatkan gaji lebih tinggi (jika kita telah ketinggalan) melalui usaha yang berlipat kali ganda ataupun pindah ke syarikat baru.

Read more...

Sampel Resume/CV (2008)

Oleh kerana ramai yang menghubungi saya berkenaan resume dan cv, kali ini saya sertakan sampel resume/cv terbaru saya berdasarkan format jobstreet.com sebagai panduan.

HAMIZI BIN HAMDAN

CONTACT INFO

Address : Petaling Jaya, Selangor
Telephone No. : 03-
Mobile No. : 012-




PERSONAL PARTICULARS

Age : 30 years 1 month(s)
Date of Birth : 3 Nov 1978
Gender : Male
Marital Status : Married

EDUCATIONAL BACKGROUND

Master's Degree
Field of Study : Business Administration
Major : Finance
Institute/University : Universiti Putra Malaysia
CGPA : 3.31/4
Graduation Date : Oct 2009

Bachelor's Degree
Field of Study : Engineering (Civil)
Institute/University : Universiti Sains Malaysia
CGPA : 2.64/4
Graduation Date : Aug 2001

CERTIFICATION

Graduate Member Of Institution Of Engineers Malaysia (IEM) Since 2002
Graduate Member Of Board Of Engineers Malaysia (BEM) Since 2001

EMPLOYMENT HISTORY

Borneo Geotechnic Sdn. Bhd.

Position Title : Project Manager
Specialization : Engineering - Civil/Construction/Structural
Industry : Construction / Building / Engineering
Duration : Nov 2008 - Present
Monthly Salary : RM 6,900

Work Description:
COMPANY BACKGROUND:

Bore Pile, Contigous Bore Pile & Diaphragm Wall Speacialist.

PROJECT:

Proposed National Palace On Lot 54283, Jalan Duta, Mukim Batu, Kuala Lumpur.

Scope: Bore Pile.

PROJECT:

Design, Construction, Completion, Testing, Commissioning And Maintenance Of The Double Track Project Between Seremban And Gemas.

Scope: Bore Pile, Contigous Bore Pile.

MRCB Engineering Sdn. Bhd.

Position Title : Construction Manager
Specialization : Engineering - Civil/Construction/Structural
Industry : Construction / Building / Engineering
Duration : Nov 2007 - Oct 2008

Work Description:
PROJECT (First):

Proposed Development 40 Storeys Consist Of 6 Stories Basement Car Park, 5 Stories Podium (Consist Of Office Space, Car Park, Auditorium, Club, Restaurant & Baby Care Center at 5th & 6th Floor), M&E Rooms With Lift Motor Room At Roof Top And 29 Stories Office Floor, Kuala Lumpur Sentral.

CONTRACT AMOUNT: RM 232,436,000.00.

PROJECT (Second):

Proposed Construction Of One Office And Marina At Mouth Of Melaka River On Lot 2008 & 2009, Town Area 51, Central Melaka District, Melaka.

REASON FOR LEAVING:

KL Sentral Project stops work and relocation to Melaka.

Minconsult Sdn. Bhd.

Position Title : Resident Engineer
Specialization : Engineering - Civil/Construction/Structural
Industry : Consulting (IT, Science, Engineering & Technical)
Duration : Oct 2006 - Oct 2007
Work Description:
PROJECT:

Construction & Completion Of Main Water Supply And Main Sewerage Pipeworks At Precinct A, Kuala Lumpur Sentral For Kuala Lumpur Sentral Sdn. Bhd.

REASON FOR LEAVING:

Contract expired.

Transmission Grid Resources Sdn. Bhd.

Position Title : Project Manager
Specialization : Engineering - Civil/Construction/Structural
Industry : Construction / Building / Engineering
Duration : Jul 2006 - Oct 2006

Work Description:
PROJECTS:

Supply, Erect And Commissioning Of 132 kV And 11kV Switchgears, 2x30MVA 132/11kV Transformers And Ancillary Equipment Complete With Associated Civil Works For ITC Of Bentong 132/11kV Substation.

Supply, Erect And Commissioning Of 132/33kV Switchgears And Ancillary Equipment Complete With Associated Civil Works For Tuanku Jaafar Industrial Park 132/33/11kV Substation.

Supply, Erect And Commissioning Of 132/33 kV Switchgears And Ancillary Equipment Complete With Associated Civil Works For Taiping Industry 132/33/11kV Substation.

Supply, Erect And Commissioning Of 500KV, 275KV Switchgears, 750MVA 500/275kV Transformer, Ancillary Equipment And Associated Civil Works For PMU 500/275KV Bukit Tarek Extension.

REASON FOR LEAVING:

Not suitable with company corporate culture and value.

Immergreen Sdn. Bhd./CyEn Resources Sdn. Bhd. (Cypark Group)

Position Title : Project Engineer
Position Level : Senior Executive
Specialization : Engineering - Civil/Construction/Structural
Industry : Construction / Building / Engineering
Duration : Sep 2005 - Jun 2006

Work Description:
PROJECT:

Proposed Design & Build Landfill Reutilization At Taman Beringin, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur For Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

REASON FOR LEAVING:

Not comfortable with company new structure (downsizing).

Sunway Construction Berhad
Position Title : Senior Engineer
Specialization : Engineering - Civil/Construction/Structural
Industry : Construction / Building / Engineering
Duration : Nov 2002 - Sep 2005

Work Description:
PROJECT (First):

Proposed 5+1 Storeys Of 100 Units Low Cost Apartment & 10 Storeys Of 196 Low Medium Cost Apartment, On Lot 7142 Mukim Kajang, Daerah Kajang, Selangor Darul Ehsan For Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

PROJECT (Second):

Proposed 131 Units Of Shop Offices, Diplomatic Enclave At Precinct 15, Wilayah Persekutuan Putrajaya For Putrajaya Holdings.

REASON FOR LEAVING:

Seek for new challenge.

Peremba Construction Sdn. Bhd.

Position Title : Project Engineer
PositSpecialization : Engineering - Civil/Construction/Structural
Industry : Construction / Building / Engineering
Duration : Jul 2002 - Oct 2002

Work Description:
PROJECT:

Proposed Phase 1 Development, Office Chanceries Diplomatic Enclave At Precinct 15, Wilayah Persekutuan Putrajaya For Perbadanan Putrajaya.

REASON FOR LEAVING:

Seek hands-on experience.

Mudajaya Corporation Berhad

Position Title : Project Engineer
Specialization : Engineering - Civil/Construction/Structural
Industry : Construction / Building / Engineering
Duration : Mar 2001 - Jun 2002

Work Description:
PROJECT:

Proposed Mixed Housing Development At Lot PTD 7019, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan For Mulpha PPNS Sdn. Bhd.

REASON FOR LEAVING:

Seek hands-on experience.

TOP SKILLS

(Proficiency: Advanced - Highly experienced; Intermediate - Familiar with all the basic functionalities; Beginner - Just started using or learning the skill)

Skill; Years; Proficiency
MS Excel; >5; Advanced
MS Powerpoint; >5; Advanced
MS Word; >5; Advanced
MS Project; >5; Intermediate

LANGUAGES

(Proficiency: 0=Poor - 10=Excellent)

Language; Spoken; Written
Bahasa Malaysia; 10; 10
English; 10; 10

ADDITIONAL INFO

CAREER OBJECTIVE

To get managerial position in Main Contractor (or Developer) environment and leading project team to achieve company vision and mission.

SUMMARY OF QUALIFICATIONS

1. Vast experience working in big construction companies (Main Contractor):

- Mudajaya Corporation Berhad
- Peremba Construction Sdn. Bhd.
- Sunway Construction Berhad
- MRCB Engineering Sdn. Bhd.

2. Experience working in big consultancy company:

- Minconsult Sdn. Bhd.

3. Vast experience with fast track design and build projects:

- 5+1 Storeys Low Cost Apartment (100 Units).
- 10 Storeys Low Medium Cost Apartment (196 Units).
- 131 Units Shop Office.
- Landfill Reutilization.
- Marina.

4. Vast experience with ISO 9001:2000.

5. Vast experience with OHSAS 18001.

6. Experience liaised with DBKL, SYABAS, IWK, GAS MALAYSIA, KTMB, JKR.

KEY ACCOMPLISHMENTS

- (2005) - Promoted to Senior Engineer post in Sunway Construction Berhad at 26 years old.
- (2006) – Became Resident Engineer in Minconsult Sdn. Bhd. at 27 years old.
- (2007) – Became Construction Manager in MRCB Engineering Sdn. Bhd. at 28 years old.

LIST OF WORKS INVOLVED

- Earthwork.

- Piling: spun pile, square pile, micro injection pile, micro pile, bore pile, contiguous bore pile.

- RC works: conventional & precast (slab plank, load bearing wall, facade wall, hollow core slab).

- Architectural work.

- Landscape work.

- Infrastructure: road, drainage, sewerage, water recticulation, elevated reservoir.

- Structure repair: leakage, sagging beam/slab, column displacement pressure grouting, starter bar displacement epoxy injection.

- Environmental: landfill gas passive vent, landfill gas barrier, leachate monitoring well, horizontal gas pipe, leachate collection system, leachate storage pond, soil capping.

AVAILABILITY

Immediately after notice period of 1 month(s)

MISCELLANEOUS

Expected Monthly Salary : RM 8,000
Willing to Travel : Moderate (25-50%)
Willing to Relocate : Will Consider
Possess Own Transport : Yes

PERSONAL STRENGTHS

Good leadership, team player, responsible, creative, initiators, analytical, good communication, time management skills, competent, quick learner, reliable, energetic, meticulous, independent, excellent in report and presentation, self-confident, hands-on

REFERENCES

Name :
Relationship :
Position :
Tel :
E-mail :

Name :
Relationship :
Position :
Tel :
E-mail :

Read more...

Network, Network & Network

Sebelum ini saya ada menulis post berkenaan Kepentingan Networking dan kali ini saya ingin menambah sedikit maklumat berkenaan tajuk di atas.

Di awal sejarah pekerjaan biasanya adalah mudah untuk mendapat temuduga dan pekerjaan melalui permohonan yang dibuat berdasarkan iklan di media cetak mahupun media elektronik.

Ini adalah kerana pada peringkat awal gaji dan jawatan yang diberi adalah kecil dan tidak berisiko tinggi iaitu dari jawatan Senior Executive dan ke bawah.

Keadaan akan menjadi semakin sukar apabila jawatan dan gaji yang diminta semakin tinggi. Kebanyakan syarikat sangat berhati-hati untuk mengambil pekerja baru untuk jawatan ini (Middle Manager & Senior Manager) kerana ia berisiko tinggi kepada syarikat, bilamana mereka ini cenderung membuat keputusan yang salah.

Pada kebiasaannya, adalah lebih mudah untuk mendapat jawatan tersebut melalui recommendation berbanding permohonan biasa. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa network anda akan membantu hanya jika anda sememangnya bagus.

Read more...

Internet Newsletter Sebagai Saluran Networking

Selepas tamat pengajian di USM dan mula bekerja pada 2001, salah seorang coursemate saya telah memulakan satu laman web berbentuk newsletter (yahoogroups) untuk sesama kami berhubung.

Sambutannya agak menggalakkan di mana ramai yang menyertai group ini dan menulis secara aktif. Ketika itu, di kalangan kami hanya bertanyakan khabar berita sesama sendiri sedangkan hanya tidak bertemu kurang dari setahun.

Untuk menjadikan group itu lebih bermakna, saya cuba mencadangkan group itu digunakan untuk membantu recommend rakan-rakan mendapatkan pekerjaan jika terdapat peluang di syarikat masing-masing bekerja, namun dipandang sepi.

Sekarang group itu sudah lama tidak aktif. Saya pula hanya mempunyai kurang dari 10 orang rakan yang boleh dihubungi.

Memang saya rasakan satu kerugian apabila saya mempunyai banyak peluang untuk recommend rakan-rakan, tetapi calonnya tiada.

Kepada para graduan yang baru saja menyertai alam pekerjaan, saya ingin cadangkan anda memulakan newsletter bagi batch anda dan gunakanlah kemudahan itu sebaiknya.

Mungkin hari ini tiada seorang pun daripada anda yang menghargainya, tetapi percayalah, selepas 5 tahun ia akan menjadi salah satu cable network anda yang kuat.

Read more...

Bila Ekonomi Gawat

Beberapa hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2009 yang penuh mencabar.

Pelbagai ramalan berkenaan keadaan ekonomi yang bakal dihadapi tahun depan telah dibuat oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia, dan majoritinya adalah bersifat negatif.

Kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan perkara-perkara yang biasanya berlaku atau pun patut dilakukan bila ekonomi gawat.

SYARIKAT MENGURANGKAN KOS OPERASI

Apabila kegawatan ekonomi berlaku, perniagaan akan menjadi sangat lembap dan para peniaga terpaksa mengurangkan kos operasi perniagaan mereka.

Syarikat akan mengurangkan kos operasi melalui pelbagai cara yang difikirkan perlu dan biasanya mangsa utamanya adalah para pekerja di mana tindakan berikut biasa diambil:

  • memotong gaji dan elaun
  • mengurangkan masa bekerja
  • memaksa pekerja menghabiskan cuti tahunan
  • memberhentikan pekerja
  • menawarkan VSS

TAWARAN VOLUNTARILY SEPARATION SCHEME, VSS

VSS dalam bahasa Malaysia ialah Skim Pemberhentian Sukarela. Biasanya, ia hanya menjadi sukarela kepada pekerja yang memang dihajati syarikat untuk dibuang. Mereka ini dialu-alukan untuk memilih VSS.

Dalam banyak kes, sebahagian pekerja yang menawarkan diri memohon skim ini tidak dilayan oleh majikan. Ini kerana para pekerja berkenaan masih diperlukan oleh syarikat kerana mereka menyumbang terhadap produktiviti syarikat.

SINDROM PEKERJA PEMALAS MENJADI RAJIN SECARA TIBA-TIBA

Ketika gawat, para pekerja yang biasanya pemalas tiba-tiba akan menjadi sangat rajin. Mereka yang biasa kelihatan di warung-warung kopi semasa waktu kerja sekarang akan kelihatan sibuk tak tentu pasal.

Ini adalah tabiat biasa mereka kerana takut akan diberhentikan majikan apabila syarikat terpaksa mengurangkan pekerja. Tambahan pula, mereka ini biasanya tiada nilai dalam pasaran kerja.

NASIB PEKERJA MULTI TASKING LEBIH BAIK

Ketika syarikat mempertimbangkan skim pemberhentian pekerja, biasanya syarikat akan menyimpan para pekerja yang dikenal pasti sebagai multi tasking. Para pekerja ini biasanya amat berkemahiran dan mampu melakukan lebih banyak peranan kerja berbanding pekerja biasa.

Dalam keadaan kewangan syarikat semakin terdesak, mempunyai para pekerja yang multi tasking dapat mengurangkan kos bayaran gaji pekerja yang signifikan.

BANYAK LATIHAN KEMAHIRAN DIJALANKAN

Sesetengah syarikat besar biasanya menggunakan kesempatan ini untuk memberi latihan dan kemahiran yang relevan kepada para pekerja mereka. Latihan ini mungkin dilakukan secara dalaman atau melalui agensi-agensi latihan berkaitan.

SANGAT SUKAR MENDAPAT KERJA BARU

Pasaran kerja semakin terhimpit. Iklan-iklan kerja kosong dijangka sangat berkurangan. Banyak syarikat mengecilkan saiz operasi dan membuang pekerja. Bagi syarikat lain yang agak stabil, para pekerja sedia ada tidak berani untuk berhenti, menyebabkan tiada peluang kerja yang baru di syarikat tersebut.

MASA YANG BAIK UNTUK SAMBUNG BELAJAR

Bagi para graduan, ini adalah saat yang paling teruk untuk mendapat kerja. Menurut jangkaan pakar-pakar ekonomi, kegawatan ekonomi ini akan mengambil masa 2 tahun untuk pulih.

Biasanya ini adalah masa yang sesuai untuk mereka menyambung pengajian mereka ke peringkat yang lebih tinggi yang juga memakan masa di antara 2-3 tahun.


Read more...